Gambar ini di jana menggunakan AI dari copilot.microsoft.com
2005

Pada tahun 2005, kami memulakan penerokaan kami dalam bidang teknologi dengan langkah pertama kami – menjalankan private game server dari salah satu game MMORPG yang terkenal pada masa itu dan mula menggunakan sistem operasi jenis Linux. Keputusan untuk menggunakan sistem operasi Linux sebagai platform utama memberi kami kelebihan dalam menguruskan server dengan cekap dan menjadikan kami lebih berpengetahuan dalam aspek teknikal yang mendalam. Ia bukan sahaja merupakan satu pencapaian teknikal, tetapi juga satu pengalaman yang membentuk asas kepada kemahiran dan kebolehan kami. Kami juga banyak belajar berkaitan keselamatan pelayan dan cara-cara untuk mengoptimumkan pelayan kami kerana pada masa tersebut harga untuk perkakasan pelayan (server) amatlah mahal, ini membolehkan kami mengurangkan kos pelayan tetapi memberikan pengalaman bermain game atas talian yang unik, menarik dan stabil untuk komuniti private game server kami.

Gambar ini di jana menggunakan AI dari aitestkitchen.withgoogle.com/tools/image-fx
2006

Setahun kemudian, pada tahun 2006, kami memperluaskan bidang minat kami dengan memasuki dunia blogging melalui platform WordPress. Sama seperti sebelum ini, kami akan cuba mengurangkan kos untuk pelayan namun tidak mengetepikan pengalaman pengguna dan dapat memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjung laman kami seperti kami sedang menggunakan pelayan yang mahal.

Gambar ini di jana menggunakan AI dari copilot.microsoft.com
2020

Masuk ke tahun 2020, kami melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan perkhidmatan game server untuk pelbagai permainan, termasuk FiveM dan Rust. Keputusan untuk meluaskan bidang perkhidmatan kami adalah hasil daripada pengalaman dan keperluan pasaran yang semakin berkembang. Untuk menguruskan perkhidmatan game server seperti ini amatlah mencabar kerana pada masa ini sudah banyak perisian penggodam boleh didapati atas talian. Salah satu masalah yang kami sering hadapi ialah serangan DDoS (distributed denial-of-service). Kami menangani setiap masalah dengan teliti, memastikan kualiti perkhidmatan kami mencapai standard yang tinggi dan sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan / pemain.

Gambar ini di jana menggunakan AI dari aitestkitchen.withgoogle.com/tools/image-fx
2021

Tahun 2021 menjadi titik penting dalam perkembangan kami apabila kami mula menguruskan laman web WordPress / WooCommerce untuk rakan kami bagi kegunaan syarikat miliknya yang mempunyai jumlah pelanggan / trafik yang tinggi setiap hari. Pengalaman ini menguji kecekalan dan kebolehan kami dalam mengendalikan laman web yang besar dan kompleks. Kami mengambil cabaran ini sebagai peluang untuk terus belajar, memperbaiki diri dan menambah ilmu dalam bidang e-dagang dan pengurusan laman web. Salah satu hasil dari cabaran yang telah kami perolehi ialah Servis Lajukan Website WordPress / Woocommerce / Cartflows.

Komitmen kami terhadap pelanggan terus kekal kukuh, di mana kami sentiasa berusaha untuk memberikan sokongan teknikal yang terbaik dan memastikan setiap keperluan mereka dipenuhi. Kami berpegang kepada prinsip bahawa kejayaan pelanggan adalah kejayaan kami juga, dan menjadi salah satu panduan kami untuk terus berinovasi dan berkembang. Dengan setiap cabaran yang dihadapi, kami menerima ia sebagai peluang untuk berkembang dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Kami berharap untuk terus memperluas perkhidmatan kami, memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah, dan terus memberikan sokongan yang istimewa kepada pelanggan kami. Dengan semangat inovasi dan kebolehan kami yang berkembang, kami yakin bahawa kami dapat mengatasi cabaran-cabaran pada masa depan dan terus memberikan impak yang positif dalam industri teknologi dan perkhidmatan digital.

© 2026 OAA LEGACY (PG0520106-M)